Gambaran keseluruhan Abad_ke-10

Abad ke-10 biasanya dianggap sebagai waktu yang paling teruk dalam sejarah Eropah. Di China, ia merupakan suatu tempoh pergolakan politik. Bagaimanapun, abad ini merupakan zaman keagungan kebudayaan Islam, khususnya di Sepanyol.

Lynn White, pakar zaman pertengahan serta ahli sejarah teknologi, berkata bahawa "dari segi mata moden, ia hampir merupakan tempoh yang paling kelam dalam Zaman Kelam," tetapi menyimpulkan bahawa "... jika ia kelam, ia merupakan kekelaman rahim." [1] Serupa juga, Helen Waddell bertulis bahawa abad ke-10 "dalam buku teks bertikai dengan abad ke-7 untuk kedudukan yang paling teruk untuk intelek manusia." [2] Malahan dalam abad ke-15, Lorenzo Valla menghuraikan abad ini sebagai Abad Plumbum dan Besi.